Pages

Sunday, March 28, 2010

Siapa Chin Peng



Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Ching Peng adalah ketua Komunis Malaya yang ganas yang telah me 'massacre '(pembunuhan beramai ramai ) keluarga anggota keselamatan Melayu Islam di Bukit Kepong. Dalam peristiwa itu 23 Feb 1950 , semasa Ching Peng menjadi Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya , 180 pengganas komunis atau 'bandit'lengkap dengan senjata outomatik telah mengepung , membunuh dan membakar keluarga anggota keselamatan melayu yang bertahan di Bukit Kepong. Mereka di tembak dan mayat mereka dibakar hidup hidup didalam rumah. Mayat anak dan isteri anggota keselamatan Melayu ini bergelimpangan di bunuh oleh pengikut ganas Ching Peng , pengganas Cina paling kejam di bumi orang Melayu Islam. Sebelum membakar rumah pengikut Pengganas Ching Peng menangkap isteri anggota keselamatan dan mengarah untuk yang bertahan menyerah diri. Bila tidak diendah isteri mereka di bunuh. Pada akhir pertempuran rumah dan anak isteri dibakar hidup hidup.Jika sesiapa mahu mengatakan Ching Peng sebagai hero kemerdekaan , kemungkinan mereka adalah pengikut Ching Peng atau anak cucu Cing Peng laknatullah. Hero kemerdekaan sebenar ialah keluarga anggota keselamatan yang menggadai nyawa mempertahan kampung dengan nyawa, pantang undur menyerah kalah , biar puteh tulang jangan putih mata,- menghadapi serangan pengganas komunis laknatullah yang zalim dan kejam

No comments:

Post a Comment